• Narrow screen resolution
  • Wide screen resolution
  • Fluid screen
  • Decrease font size
  • Default font size
  • Increase font size
  • style1 color
  • style2 color
  • style3 color

ustaz-zamri.com

Member Area

Newsflash

Home
Istilah "MANTOP" PDF Print E-mail
Written by ustaz   
Wednesday, 25 February 2009
            MANTOP..Ketika istilah ini mula meniti dibibir-bibir rakyat Malaysia, saya mula rasa terperasan sendiri bercampur baur dengan pelbagai pemikiran yang cuba dipolakan dalam penulisan ringkas ini.Pertamanya istilah “MANTOP” sepengetahuan saya yang cetek ini tidak ada dalam kamus dewan yang ada hanyalah mantap, maka istilah yang glamour ini hanyalah sekadar mainan bibir yang mungkin dibenci oleh orang-orang DBP tetapi seronok diungkapkan.
           
            MANTOP..Ketika istilah ini mula meniti dibibir-bibir rakyat Malaysia, saya mula rasa terperasan sendiri bercampur baur dengan pelbagai pemikiran yang cuba dipolakan dalam penulisan ringkas ini.Pertamanya istilah “MANTOP” sepengetahuan saya yang cetek ini tidak ada dalam kamus dewan yang ada hanyalah mantap, maka istilah yang glamour ini hanyalah sekadar mainan bibir yang mungkin dibenci oleh orang-orang DBP tetapi seronok diungkapkan.
            Timbul soalan, siapa pulak yang mulakan istilah ni..?Dengan penuh perasannya saya rasa sayalah orangnya yang memulakan dalam rancangan akhir Akademi al-Quran 1 (AQ) ketika memberi komen juara ketika itu dengan mengatakan bacaannya di atas paras mantap maka digelar mantop ت  bertukar jadi ط yang disambut tawa oleh penonton. Semenjak itulah ianya berkembang di bibir-bibir staf Media Prima dan rakyat Malaysia gamaknya..Aiman dan saya tak kisah... Bahkan kebelakangan ini terlalu kerap diguna oleh seorang juri dalam rancangan Raja Lawak di Astro Aiman dan saya pun tak kisah, cuma orang dah agak lupa kot siapa yang memulakannya. He he he..

Image

Isunya ialah saya melihat apabila sesuatu yang menarik dan agak pelik ianya mudah merebak tambah pula disensasikan oleh orang-orang yang dikenali kononnya.Dari sudut dakwah inilah yang diperlukan dalam pendekatan dakwah kontemporari di Malaysia, mesej yang benar diolah dengan penuh daya tarikan, sedikit pelik dari kebiasaan asalkan tidak melanggar syariah dan dipopularkan oleh pendakwah-pendakwah yang berwibawa.Bayangkan mesej dakwah tersebut mesti power kan…?Saya yang punyai sedikit pengalaman di media suka dan teruja melopor program-program yang bernafas baru sebagai alternatif kepada rancangan-rancangan hiburan yang tak terarah bahkan rancangan yang tidak terarah itu dari sudut kualitinya agak baik dan mendapat sambutan cuma malangnya adanya unsur-unsur yang adakalanya bertentangan dengan syarak.

 

 

Saya berangan alangkah baiknya kalau program ini diubah sedikit je supaya menepati syarak dan mempunyai unsur pendidikan yang digabung jalin dengan hiburan yang dibenarkan atau “edutaiment” alhamdulillah sekali lagi dengan penuh rasa perasan rancangan pertama yang saya bertindak sebagai pengacara iaitu mari mengaji telah  mencetus kepada suburnya rancangan seumpamanya seperti tilawah interaktif,qiraatul quran,kalam suci,dan saya berhasrat untuk meneroka rancangan yang lain pula.Itulah sebabnya saya agak sedikit kurang selesa apabila rancangan mari mengaji terus menerus hendak dijalankan sedangkan ianya sudah banyak di TV TV lain, dan ini jugalah sebabnya wallau a’lam rating kepada rancangan saya itu agak menurun.
Pada mulanya rating untuk rancangan mari mengaji sangat mengejutkan kerana pada ketika itu tiada lagi rancangan mengaji yang berbentuk sedemikian rupa ditambah pula metod penyampaian yang mengambil kira faktor menarik,pelik yang disebutkan tadi.Bukanlah saya mengejar glamour dan populariti kerana berat untuk meneruskan rancangan ini, tetapi inilah jiwa saya yang tidak sukakan “sterotype” dan suka membuat kerja yang berimpak maksima atau “itqan”.Apalah ertinya mengusahakan sesuatu yang orang tidak puas hati dan tak nak tengok..?Inilah luahan saya wahai pihak pentadbir di TV9 dekaaaat di hatiii demi keberlangsungan dakwah.Justeru janganlah dianak tirikan program-program pendidikan dan agama baik dari sudut bajet mahupun promosinya.
           
            Kedua dari sudut peluang saya yang berjiwa usahawan yang antara cirinya ialah bijak mengambil peluang.Maka dengan penuh rasa teruja moga-moga ia juga boleh menjadi satu saluran kepada promosi dakwah, saya menubuhkan syarikat saya yang bernama Mantop Training and Consultancy (MTC) pada 1 JUN 2007 untuk menjalankan dakwah berbentuk moden dan lebih tersusun secara sendirian dahulu kemudian berdua secara tidak rasmi juga dan akhirnya sekarang secara rasmi dan “full time” sebanyak 4 orang pekerja kesemuanya.Moga-moga salah satu kerjaya nabi SAW ini dapat saya realisasikan iaitu bekerja daripada hasil tangan sendiri.
Falsafah disebalik pemilihan nama MANTOP ini ialah pertamanya mahu melahirkan man-man atau rijal-rijal atau lelaki-lelaki yang top serta perkasa dari semua segi.”Habis perempuan tak boleh ke”?Ada yang bertanya.Saya mengambil metod al-Quran yang mana apabila arahan meyebut lelaki ia termasuk perempuan sekali tetapi tidak sebaliknya, bahkan imam al-syahid Hasan al-Banna apabila ditanya kepadanya “mengapa tuan tidak mengarang kitab-kitab seperti ulamak-ulamak terdahulu yang boleh dijadikan rujukan kemudian hari”? Lantas dijawab oleh beliau “kami bukan mengarang kitab-kitab tetapi membentuk dan mengarang lelaki-lelaki pejuang".
Falsafah yang kedua ialah hendak mewujudkan modul-modul motivasi dan latihan mantap yang lain daripada lain sehingga program utama kami sendiri bernama MANTOP ringkasan daripada (Motivasi Al-Quran Teras Perubahan).”Mana datang huruf o tu ustaz”?Jawapan saya suka hati kamilah.Sama-samalah kita fikir, nak hurai lagi panjang pula.”Mudahkanlah dan jangan payahkan gembirakanlah dan jangan menakutkan”
Last Updated ( Thursday, 05 March 2009 )
 
< Prev
 

Main Menu

Home
Contact Us
Search

Polls

Rekabentuk laman web Ustaz Zamri....
 

Who's Online

We have 2 guests online