• Narrow screen resolution
  • Wide screen resolution
  • Fluid screen
  • Decrease font size
  • Default font size
  • Increase font size
  • style1 color
  • style2 color
  • style3 color

ustaz-zamri.com

Member Area

Newsflash

Home
Nak jadi usahawan yea Zamri? PDF Print E-mail
Written by ustaz   
Wednesday, 06 May 2009

Nak jadi usahawan ye Zamri?.. Bermula sekali dengan tahu kelebihannya ketika berniaga

kecil-kecilan di waktu sekolah dahulu. Bertemu pelanggan yang pelbagai karenah

daripada kawan-kawan seangkatan,.

 


"Zam..hutang dulu yek”..

”Zam belanja la.,sedap juga ko punya kerepek ni,lain kali bawa lagi ye”..

 

Kemudian lakunya produk yang dijual, kemudian rasa kepuasan mendapat harta daripada usaha sendiri. Mungkin inilah yang menjadi sebab mengapa Rasulullah SAW diberi pengalaman sebagai seorang usahawan yang berdagang di Syam dalam sejarah kehidupannya sebagai satu pendedahan awal kepada watak manusia yang bakal diurusnya disamping semangat berdikari untuk menjadi seorang yang merdeka jiwa dan harta daripada manusia disekelilingnya

 

Ketika itu keinginan untuk berniaga sentiasa meluap-luap dalam diri ini tapi usia masih terlalu muda. . Biarlah kehidupan yang mengajar erti kematangan. Subjek perdagangan disamping agama diambil kerana minat yang bercampur baur. Masa kecil dulu nak jadi profesor   kaji bumi sebab suka tengok Ultraman, nak jadi menteri pun ada sebab macam rasa minat kat seorang menteri tu dulu..hehe rahsia. Nak jadi pensyarah pun ada termasuklah angan-angan menjadi usahawan. Alhamdulillah dapat juga A dalam subjek-subjek yang diminati itu ketika SPM. Akhirnya isi borang UPU ke universiti.. Niat di hati:  ”kalau tak dapat pergi Jordan..U tempatan je lah dan mengkhusus dalam bidang bisnes”.

 

Pengalaman adalah sekolah yang sangat berguna. Baik pengalaman sendiri atau pengalaman orang lain. Orang-orang terdahulu kalau nak buat bisnes mereka bermula  daripada pikul guni, susah payah, tak tidur malam, jadi kuli dan sebagainya tetapi pengalaman yang pahit dan panjang itu dapat di skip bilamana pengalaman itu tidak diulangi dan terus mengambil jalan pintas dengan sekolah pengalaman tadi. Itulah sebabnya banyak orang sekarang ni yang menjadi usahawan muda-muda belaka. Itulah sifat orang mukmin yang tidak akan masuk ke lubang biawak dua kali,dalam erti kata lain, tidak akan mengulangi kesilapan lama dua kali.

 

Persoalan seterusnya yang berlegar dalam kelongsong pemikiran ini: ”mampu ke nak mengurus bisnes setelah masuk ke alam tu?Cakap dan berteori senang la tapi nak merealisasikannya tak semudah yang disangka”.

 

Tiga  ciri  yang perlu ada pada usahawan yang dipelajari di sekolah dulu sentiasa berlegar di kepala iaitu kreatif, inovatif dan berani menghadapi risiko. Keputusan nekad untuk berhenti  daripada menjadi Pensyarah di Darul Quran JAKIM yang banyak kenangan itu merupakan langkah berani menghadapi risiko walaupun jadual peribadi ketika itu tidak la penuh setahun pun yang tinggal masa itu hanya nak wujudkan dua lagi ciri dan  sifat usahawan.

 

”Anta bisnes dua orang hasilnya pun dua orang, anta bisnes sepuluh orang hasilnya pun sepuluh orang..” kata seorang rakan bisnes yang selalu menjadi rakan perbincangan. Disiplin mengikut apa yang kita rancangkan adalah kunci juga kepada kejayaan yang diimpikan. Bila mengurus sendiri,merancang sendiri, dan baru tadi mesyuarat perancangan melicinkan gerak kerja bisnes barulah dirasai kemanisannya.Tapi jangan dilupa kuasa kerjasama ala Wonder Pets dengan slogannya  “Apa yang penting kerjasama” adalah sangat penting dalam dunia bisnes ini..

 

Inilah secebis coretan ringkas yang saya anggap sebagai asas kepada pengurusan perkara yang lebih besar lagi khususnya menjalankan tugas sebagai khalifah Allah yang mana matlamat besarnya ialah menegakkan agama dan mengurus dunia ini dengan Agama Allah yang hanyasanya diredhai di sisiNya.

 
 

 

 

Last Updated ( Sunday, 17 May 2009 )
 
Next >
 

Main Menu

Home
Contact Us
Search

Polls

Rekabentuk laman web Ustaz Zamri....
 

Who's Online

We have 8 guests online